Jumaat, 14 Mei 2021

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR SK DATO' AHMAD MANAF 2021

 

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar telah dijalankan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh: 17 April 2021 

Hari: Sabtu 

Masa: 9.30 pagi 

Tempat: Rumah masing-masing (Google Meet) 

Penceramah: Mufarwa Farid 







MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SK DATO' AHMAD MANAF 2021

 

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Buku Teks. Selain itu majlis ini diadakan bagi menyuntik semangat murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah. 

Objektif Majlis ini dijalankan adalah untuk: 

· Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.

· Memperkenalkan kepada murid lain barisan pemimpin pelajar tahun 2021

· Memotivasi dan membina semangat juang dalam kalangan murid-murid agar mencontohi kewibawaan pemimpin.

 

Majlis ini telah dijalankan pada ketetapan berikut: 

Tarikh: 14 April 2021

Hari: Rabu 

Masa: 10.00 pagi 

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 

Perasmian oleh: Pn Liew Sook Fong (Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf) 



Pengawas Sekolah

Pengawas SPBT 

Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas PSS

Sabtu, 24 Oktober 2020

Pengelolaan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban 1

SK Dato' Ahmad Manaf telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah pengelola di dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban pada

Tarikh: 11 Mac 2020
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Dirasmikan Oleh: En Zukhairi b Abdul Rahman
                             Penolong PPD, Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Keputusan Pertandingan:

Tahap 1
1. SK Bandar Enstek
2. SK Ulu Beranang
3.  SK Seremban 2A

Tahap 2
1. SK Kompleks KLIA
2. SK Dato' Ahmad Manaf
3. SK Desa Jasmin





Khamis, 22 Oktober 2020

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Dato' Ahmad Manaf 2020

 Sambutan Bulan Kemerdekaan tetap disambut meriah di SK Dato' Ahmad Manaf, walaupun negara  berdepan dengan situasi penularan koronavirus (Covid-19) sejak hujung tahun lalu. Walaupun pergerakan terbatas kerana ematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ekoran perlaksanaan Perintah kawalan Pergerkan Pemulihan (PKPP), namun semangat cintakan tanah air tetap terserlah dalam norma baharu. 

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dijalankan pada: 

Hari: Isnin 

Tarikh: 14 September 2020 

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 

Perasmian oleh: Guru Besar, Pn Liew Sook Fong 




Rabu, 15 Julai 2020

WELCOME BACK!!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID SKDAM PASCA PKP

Tarikh: 15 Julai 2020 
Hari: Rabu 

Alhamdulillah, hari ini sekolah dibuka kembali kepada murid-murid tahun 5 dan 6 untuk meneruskan sesi persekolahan di sekolah. Selepas dua minggu murid Prasekolah memulakan sesi persekolahan, kini sekolah dibuka pula untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Minggu hadapan, sekolah akan dibuka pula untuk murid-murid yang lain iaitu tahun 1 hingga tahun 4. 

Murid hadir ke sekolah dengan norma baharu yang perlu dipatuhi untuk memastikan tiada kluster sekolah muncul untuk wabak Covid-19 ini. Norma-norma baharu yang perlu dipatuhi oleh murid-murid, guru-guru serta warga di sekolah ialah seperti: 
1. Guru memeriksa suhu badan murid di pintu pagar 
2. Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka atau 'face shield'
3. Murid masuk ke kelas mengikut anak panah untuk laluan ke kelas 
4. Meja/kerusi dalam kelas disusun jarak 1 meter. 
5. Murid mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke kelas, sebelum makan dan selepas makan 
6. Murid makan di dalam kelas dengan dipantau oleh guru-guru 

Semoga kita dapat membiasakan diri dengan norma baharu demi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Semoga sesi pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan seperti biasa dan kehidupan kita akan kembali seperti sedia kala. 


Selasa, 30 Jun 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH KEPADA MURID PRASEKOLAH SELEPAS PKP

Tarikh: 1 Jun 2020
Hari: Rabu
Tempat : SK Dato' Ahmad Manaf

Alhamdulillah, pada hari ini sekolah dibuka semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berlangsung sejak 18 Mac 2020.
Pada hari ini sekolah dibuka dengan dimulai oleh murid-murid Prasekolah. Pihak sekolah dan pengurusan Prasekolah telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyambut kehadiran semula murid-murid Prasekolah ke sekolah..

Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

#kitajagakita
#cegahcovid-19
#selamatbelajar

 Guru-guru bertugas dan pentadbir bersedia menerima kehadiran murid-murid


 Murid beratur pada jarak 1m


 Suhu badan diambil oleh pengawal keselamatan


 Murid beratur sebelum masuk ke kelas

 Murid-murid di dalam kelas bersama guru 


 Sebelum masuk kelas, basuh tangan dulu


 Pegawai perhubungan sekolah, Tuan Inspektor Syafiq turut hadir melihat suasana pembukaan sekolah untuk murid Prasekolah




Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD, En Mohd Zukhairi turut hadir ke sekolah



Ahad, 26 April 2020

JOM MEMBACA BERSAMA 2020

JOM BACA BERSAMA DI RUMAH PADA 23 APRIL 2020 JAM 11 PAGI SERENTAK DISELURUH NEGARA

Kempen Jom Baca Bersama kembali lagi !!!
Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kita diseru untuk melakukan perkara yang berfaedah, dan tentunya membaca memberi refleksi untuk merehatkan serta memberi minda yang segar  sepanjang berada dirumah, dengan adanya ilmu pengetahuan baru diharap  agar memberi perubahan dalam diri supaya menjadi insan yang lebih baik lagi.

Bacalah pelbagai bahan yang ada seperti buku, majalah, surat khabar atau dapatkan bahan-bahan digital di Internet.

Bertepatan dengan ini saranan KPM, Perpustakaan SK Dato' Ahmad Manaf akan menjalankan Pelancaran Kempen Bulan Galakan Membaca Peringkat Sekolah pada hari Khamis, 23 April 2020 yang akan dilancarkan secara Maya oleh Guru Besar, Pn Liew Sook Fong.

Mari kita sama-sama mendaftarkan penyertaan Kempen Galakan Bulan Membaca ini di link:

1. Penyertaan peringkat sekolah
https://forms.gle/QT3fDgAmwkQ1MCxn8

2.  Penyertaan peringkat JPNS
https://jombacabersama.ml

Anda boleh muat naik gambar anda 🤳🏻 membaca bersama buku/e-buku di FB/Instagram/Twitter. Jangan lupa sertakan tanda pagar:

#jombacabersama10minit2020
#skdammembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#malaysiamembaca

Jom sertai gerakan seluruh negara ini pada 23 April 2020, pada jam 11.00 pagi.


Beberapa pertandingan akan dijalankan sempena Kempen Bulan Galakan Membaca iaitu

➡️ Pertandingan Melukis Poster Covid 19
➡️ Pertandingan Buku Skrap
➡️ Pertandingan Swafoto Bersama Buku

Tarikh penghantaran untuk Pertandingan Melukis Poster dan Buku Skrap adalah setelah berakhir tempoh PKP, manakala Pertandingan Swafoto Bersama buku boleh dihantar pada link  di bawah.

Kategori murid:
https://forms.gle/sBiNrcMuTkCvqzoy7

Kategori guru:
https://forms.gle/VWPWcjbVdYLSxrxb7

Kategori ibu bapa:
https://forms.gle/Q417nNCpKUynipqPA

#jommembaca
#jombacabersama10minit2020
#bangsamembacabangsaberjaya
#skdammembaca