Kempen Jom Baca Bersama kembali lagi !!!
Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kita diseru untuk melakukan perkara yang berfaedah, dan tentunya membaca memberi refleksi untuk merehatkan serta memberi minda yang segar sepanjang berada dirumah, dengan adanya ilmu pengetahuan baru diharap agar memberi perubahan dalam diri supaya menjadi insan yang lebih baik lagi.
Bacalah pelbagai bahan yang ada seperti buku, majalah, surat khabar atau dapatkan bahan-bahan digital di Internet.
Bertepatan dengan ini saranan KPM, Perpustakaan SK Dato' Ahmad Manaf akan menjalankan Pelancaran Kempen Bulan Galakan Membaca Peringkat Sekolah pada hari Khamis, 23 April 2020 yang akan dilancarkan secara Maya oleh Guru Besar, Pn Liew Sook Fong.
Mari kita sama-sama mendaftarkan penyertaan Kempen Galakan Bulan Membaca ini di link:
1. Penyertaan peringkat sekolah
https://forms.gle/QT3fDgAmwkQ1MCxn8
2. Penyertaan peringkat JPNS
https://jombacabersama.ml
Anda boleh muat naik gambar anda 🤳🏻 membaca bersama buku/e-buku di FB/Instagram/Twitter. Jangan lupa sertakan tanda pagar:
#jombacabersama10minit2020
#skdammembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#malaysiamembaca
Jom sertai gerakan seluruh negara ini pada 23 April 2020, pada jam 11.00 pagi.
Beberapa pertandingan akan dijalankan sempena Kempen Bulan Galakan Membaca iaitu
➡️ Pertandingan Melukis Poster Covid 19
➡️ Pertandingan Buku Skrap
➡️ Pertandingan Swafoto Bersama Buku
Tarikh penghantaran untuk Pertandingan Melukis Poster dan Buku Skrap adalah setelah berakhir tempoh PKP, manakala Pertandingan Swafoto Bersama buku boleh dihantar pada link di bawah.
Kategori murid:
https://forms.gle/sBiNrcMuTkCvqzoy7
Kategori guru:
https://forms.gle/VWPWcjbVdYLSxrxb7
Kategori ibu bapa:
https://forms.gle/Q417nNCpKUynipqPA
#jommembaca
#jombacabersama10minit2020
#bangsamembacabangsaberjaya
#skdammembaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan