Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Sekolah. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Oktober 2020

Pengelolaan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban 1

SK Dato' Ahmad Manaf telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah pengelola di dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban pada

Tarikh: 11 Mac 2020
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Dirasmikan Oleh: En Zukhairi b Abdul Rahman
                             Penolong PPD, Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Keputusan Pertandingan:

Tahap 1
1. SK Bandar Enstek
2. SK Ulu Beranang
3.  SK Seremban 2A

Tahap 2
1. SK Kompleks KLIA
2. SK Dato' Ahmad Manaf
3. SK Desa Jasmin





Khamis, 22 Oktober 2020

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Dato' Ahmad Manaf 2020

 Sambutan Bulan Kemerdekaan tetap disambut meriah di SK Dato' Ahmad Manaf, walaupun negara  berdepan dengan situasi penularan koronavirus (Covid-19) sejak hujung tahun lalu. Walaupun pergerakan terbatas kerana ematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ekoran perlaksanaan Perintah kawalan Pergerkan Pemulihan (PKPP), namun semangat cintakan tanah air tetap terserlah dalam norma baharu. 

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dijalankan pada: 

Hari: Isnin 

Tarikh: 14 September 2020 

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 

Perasmian oleh: Guru Besar, Pn Liew Sook Fong 




Rabu, 15 Julai 2020

WELCOME BACK!!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID SKDAM PASCA PKP

Tarikh: 15 Julai 2020 
Hari: Rabu 

Alhamdulillah, hari ini sekolah dibuka kembali kepada murid-murid tahun 5 dan 6 untuk meneruskan sesi persekolahan di sekolah. Selepas dua minggu murid Prasekolah memulakan sesi persekolahan, kini sekolah dibuka pula untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Minggu hadapan, sekolah akan dibuka pula untuk murid-murid yang lain iaitu tahun 1 hingga tahun 4. 

Murid hadir ke sekolah dengan norma baharu yang perlu dipatuhi untuk memastikan tiada kluster sekolah muncul untuk wabak Covid-19 ini. Norma-norma baharu yang perlu dipatuhi oleh murid-murid, guru-guru serta warga di sekolah ialah seperti: 
1. Guru memeriksa suhu badan murid di pintu pagar 
2. Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka atau 'face shield'
3. Murid masuk ke kelas mengikut anak panah untuk laluan ke kelas 
4. Meja/kerusi dalam kelas disusun jarak 1 meter. 
5. Murid mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke kelas, sebelum makan dan selepas makan 
6. Murid makan di dalam kelas dengan dipantau oleh guru-guru 

Semoga kita dapat membiasakan diri dengan norma baharu demi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Semoga sesi pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan seperti biasa dan kehidupan kita akan kembali seperti sedia kala. 


Selasa, 30 Jun 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH KEPADA MURID PRASEKOLAH SELEPAS PKP

Tarikh: 1 Jun 2020
Hari: Rabu
Tempat : SK Dato' Ahmad Manaf

Alhamdulillah, pada hari ini sekolah dibuka semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berlangsung sejak 18 Mac 2020.
Pada hari ini sekolah dibuka dengan dimulai oleh murid-murid Prasekolah. Pihak sekolah dan pengurusan Prasekolah telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyambut kehadiran semula murid-murid Prasekolah ke sekolah..

Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

#kitajagakita
#cegahcovid-19
#selamatbelajar

 Guru-guru bertugas dan pentadbir bersedia menerima kehadiran murid-murid


 Murid beratur pada jarak 1m


 Suhu badan diambil oleh pengawal keselamatan


 Murid beratur sebelum masuk ke kelas

 Murid-murid di dalam kelas bersama guru 


 Sebelum masuk kelas, basuh tangan dulu


 Pegawai perhubungan sekolah, Tuan Inspektor Syafiq turut hadir melihat suasana pembukaan sekolah untuk murid Prasekolah




Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD, En Mohd Zukhairi turut hadir ke sekolah



Ahad, 8 Mac 2020

Mesyuarat Agung PIBG SKDAM 2020


Mesyuarat Agung PIBG SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:

Tarikh: 22 Feb 2020

Hari: Sabtu

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKDAM

Dirasmikan Oleh: En Muhammad Aziim
Wakil YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan



Jumaat, 6 Mac 2020

Kursus Kepimpinan Pemimpin kecil Sekolah SKDAM 2020


SK Dato' Ahmad Manaf telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil 2020 pada:

Tarikh: 15 Februari 2020

Hari: Sabtu

Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKDAM

Dikendalikan oleh : Champion Training and Consultancy Sdn Bhd

Pengawas yang terlibat:
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pengawas SPBT
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Semoga Kursus Kepimpinan ini dapat meningkatkan disiplin diri, jati diri sebagai seorang pemimpin dan mempunyai ketrampilan yang baik di kalangan pengawas-pengawas sekolah yang telah dipilih ini.




Khamis, 5 Mac 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas-Pengawas SKDAM 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas-Pengawas SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:

Tarikh: 29 Januari 2020
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Disempurnakan Oleh: En Mohd Zukhairi bin Abdul Rahman
                                    Penolong PPD, Unit Pemulihan Khas

Pemimpin Kecil SKDAM:
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pengawas SPBT
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)







Khamis, 23 Januari 2020

PENDAFTARAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020

Pendaftaran Awal Tahun Sesi Persekolahan 2020 bagi tahun 1 hingga tahun 6 telah dijalankan pada:

Tarikh: 28 Dis 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Taklimat kepada semua ibu bapa telah diberikan oleh semua pentadbir yang merangkumi semua unit iaitu daripada Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Hem, GPK Kokurikulum dan PK Petang.
Pada tahun 2020, SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah dan kelas semasa yang terdapat di SK Dato Ahmad Manaf tidak mampu untuk menampung enrolmen murid yang semakin bertambah.

Murid Tahun 1 hadir dengan berpakaian sekolah dan mereka dibawa ke dalam kelas untuk sesi perkenalan dengan guru kelas dan juga membuat sedikit aktiviti menulis untuk guru mengenalpasti sama ada murid sudah pandai menulis dan menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira.

Waktu persekolahan bagi tahun 2020 yang telah ditetapkan:

SESI PAGI

Isnin - Khamis
7.20 pagi -1.10 ptg

Jumaat
7.20 pagi - 12.10 tengahari

SESI PETANG

Isnin - Khamis
1.20 ptg - 6.10 ptg

Jumaat
1.50 ptg - 6.40 ptg

AKTIVITI KOKURIKULUM (Tahun 4, 5 dan 6)
Dimasukkan di dalam jadual waktu iaitu

Selasa 7.20 - 8.20 pagi - 1 murid 1 sukan
Rabu 12.20 tengahari - 1.20 ptg - kelab dan persatuan/ unit beruniform


Barisan pentadbir sekolah  


Kehadiran ibu bapa yang sangat memberansangkan 




 Taklimat daripada Guru Besar 

 Taklimat daripada GPK Pentadbiran 

 Murid Tahun 1 dikumpulkan untuk dibawa masuk ke dalam kelas




Murid Tahun 1 dibawa masuk ke dalam kelas dan diperkenalkan dengan guru kelas




Isnin, 7 Oktober 2019

Kejohanan Sukan Tahunan SKDAM 2019



Jumaat, 4 Oktober 2019, SK Dato’ Ahmad Manaf telah menjalankan Kejohanan Sukan Tahunan 2019 yang bertempat di Padang Sekolah, SK Dato’ Ahmad Manaf. Kejohanan Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Ismail b Mohd Aneepa, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan.

Kejohanan Sukan dimulakan dengan senamrobik oleh murid-murid, perarakan masuk perbarisan kontijen setiap rumah sukan dan majlis perasmian kejohanan sukan. Di antara acara-acara akhir kejohanan sukan yang dijalankan ialah: 
  • 4 x 200m (Tahap 2 - Lelaki dan perempuan) 
  • 50m (Pra - Lelaki dan Perempuan) 
  • 70m (Tahun 1 dan 2 - Lelaki dan Perempuan) 
  • 100m (Tahun 3, 4,5 dan 6 - Lelaki dan Perempuan) 
  • 5 x 40m (Pra - Lelaki dan Perempuan)
  • 4 x 100m (Pra - Lelaki dan Perempuan)
  • Tarik tali (Tahap 2 - Lelaki dan perempuan) 
Kejohanan Sukan Tahunan diakhiri dengan Majlis Penyampaian hadiah dengan menyaksikan pada tahun 2019 ini, Rumah Kuning menjadi Juara Keseluruhan, Rumah Biru di tangga kedua dan Rumah Merah di kedudukan Ketiga. 




Sabtu, 28 September 2019

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SKDAM 2019

Setelah pelbagai aktiviti dijalankan sempena Bulan Kemerdekaan di SK Dato' Ahmad Manaf, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan melabuhkan tirainya bagi melengkapi aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ini. Majlis ini telah dijalankan pada:

Tarikh: 27 September 2019
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 pg - 9.45 pg
Tempat: Dewan IBnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf


Selasa, 24 September 2019

Minggu Panitia Bahasa Inggeris SKDAM 2019

  Minggu Panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan pada:

Tarikh: 29 Julai - 2 Ogos 2019

Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf

Objektif:

    1.   Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan       meningkatkan lagi daya intelek individu.
    2.   Memupuk minat terhadap Sains serta membentuk budaya sains dan teknologi di kalangan murid-murid di sekolah ini
    3.  Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi masa kini.


Aktiviti yang telah dijalankan: 
29 Julai 2019 (Isnin)
  • Pengenalan Minggu Panitia Bahasa Inggeris oleh pengerusi majlis.
  • Bacaan doa.
  • Ucapan Guru Besar dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
  • Perasmian dan gimik perasmian Minggu Panitia Bahasa Inggeris.
30    Julai – 1 Ogos 2019 (Selasa-Rabu)
  •  Aktiviti pop kuiz dan persembahan nyanyian murid pada waktu pagi
  • ’Learn A Word A Day’ bersama Miss English.
  • Persembahan ”Puppet Show” daripada AJK PIBG.
  • Pertandingan di dalam kelas sewaktu PdP Bahasa Inggeris.
  • Pertandingan Melukis (Drawing Competition) dan Pertandingan Spell-It-Right diadakan pada waktu kokurikulum.
 2 Ogos 2019 (Jumaat)
  • Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
  • Persembahan murid (nyanyian dan Public Speaking).
  • Penutup ’Learn A Word A Day’ bersama Miss English.
  •  Penutup Minggu Panitia Bahasa Inggeris.





Isnin, 23 September 2019

Minggu Panitia Sains SKDAM 2019

Minggu Panitia Sains telah dijalankan pada:

Tarikh: 22-26 April 2019

Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf

Objektif:

    1.   Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan       meningkatkan lagi daya intelek individu.
    2.   Memupuk minat terhadap Sains serta membentuk budaya sains dan teknologi di kalangan murid-murid di sekolah ini
    3.  Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Aktiviti yang telah dijalankan:

1. Majlis Pelancaran
2. Aktiviti Kelas:
             Tahun 1I / 1P : Magic Science & Crossword
             Tahun 2I        : Magic Science & Crossword
                       2P        : Saya Membesar
             Tahun 3I / 3P : Topeng Gigi
             Tahun 4I / 4P : Artikel Saya
             Tahun 5I        : Biji Benih Helikopter
                       5P        : Kereta Lumba belon
             Tahun 6I / 6P : Crossword
 3.   Pecerapan planet dan bulan menggunakan teleskop
 4.   Kuiz Pagi
       

Ucapan daripada Ketua Panitia, Pn Uwathi 



Ucapan Guru Besar 


Memotong reben perasmian 


Sebelum gimik perasmian 


Gimik perasmian - Buih terbakar 







Sambutan Hari Guru SKDAM 2019

Sambutan Hari Guru telah dijalan pada:

Hari: Jumaat

Tarikh: 3 Mei 2019

Aktiviti Yang telah Dijalankan:
1. Bacaan Perutusan Teks Hari Guru
2. Sukaneka Guru
3. Persembahan Murid
4. Pertukaran Hadiah Guru
5. Perlawanan Bowling antara guru-guru SKDAM di Mesamall, Nilai



Khamis, 12 September 2019

Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik pada:
Tarikh: 11 September 2019
Masa: 7.30 malam - 10.30 malam
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf
Perasmian oleh: YB Tuan Cha Kee Chin
                           Ahli Parlimen Rasah

Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah dijalankan pada malam tersebut iaitu:

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Nyanyian Lagu-lagu Patriotik 
  • Persembahan Tarian Melayu oleh murid-murid SKDAM 
  • Persembahan Harmonika 
  • Persembahan Tarian Baratham oleh oleh 2 orang murid India 
  • Majlis Perasmian Laluan Bestari oleh YB Tuan Cha Kee Chin 
  • Persembahan Tarian Singa 
  • Menyalakan dan Perarakan Tanglung LED 
  • Persembahan Bunga Api 
Majlis pada malam tersebut telah dapat menarik kehadiran ramai murid-murid bersama ibu bapa masing-masing. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan memberi pengalaman yang baru kepada murid-murid dengan dapat menyaksikan sendiri persembahan yang belum pernah mereka saksikan sebelum ini seperti Persembahan Harmonika, Tarian Baratham, Persembahan Tarian Singa dan Menyalakan Tanglung. 

Diharap juga sambutan yang telah dijalankan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang kaum bersama-sama ibu bapa, masyarakat setempat, pemimpin tempatan dan kementerian-kementerian yang berhubung secara langsung dengan pihak sekolah. 


Pentas untuk Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik 

 Pemain-pemain Tarian Singa

 Laluan Bestari yang telah dibina hasil daripada sumbangan peruntukan yang telah diberikan oleh YB Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah 


Persembahan Tarian Melayu 

Persembahan Harmonika daripada Persatuan Keturunan Liew 

YB Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan 

Gimik Memotong Reben Laluan Bestari 

Persembahan Tarian Singa 

Persembahan Tarian Baratham 

Menyalakan tanglung LED

Sabtu, 24 Ogos 2019

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada:

Tarikh: 23 Ogos 2019
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Dirasmikan oleh: Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf
                             Madam Liew Sook Fong

Sambutan yang telah dijalankan diharap dapat meningkatkan rasa cinta semua warga sekolah kepada negara Malaysia yang tercinta dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perpaduan di antara murid SKDAM yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Sabtu, 24 November 2018

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKDAM 2018

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Dato' Ahmad Manaf 2018 telah dijalankan iaitu:
Tarikh: 16 - 18 Nov 2018
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: D' Kok Eco Camp, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Penyertaan: 80 orang murid (Tahun 4,5 dan 6)

Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini berlangsung ialah:
1. Ice Breaking
2. Slot Potensi Diri
3. Night Walk
4. Tubing/ River Crossing/ Water Confident
5. Jungle Trekking
6. Refleksi @ Siapa Kita
7 Leadership games


Isnin, 5 November 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak SKDAM 2018 telah dijalankan pada
Hari : Jumaat
Tarikh : 2 November 2018
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKDAM.

Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
1. Pertandingan Pakaian Beragam
    Prasekolah - Tema Watak Cerita Dongeng
    Tahap 1 - Tema Watak Cerita Dongeng
    Tahap 2 Tema Pekerjaan
2. Cabutan bertuah untuk murid-murid
3. Sambutan Hari Lahir Murid-murid dan Guru - Oktober, November, Disember
4. Makan ais krim percuma


Sabtu, 20 Oktober 2018

Kejohanan Sukan Tahunan 2018 dan Hari Sukan Negara


14 Oktober 2018 telah berlangsung Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan dan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf. Alhamdulillah telah selesai dan selamat segala perancangan dan aktiviti yang telah dijadualkan pada hari tersebut.
Berikut di antara keputusan yang telah dicapai oleh pasukan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian.

Tarik Tali (Lelaki)
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Tarik Tali (Perempuan)
1 Merah
2 Biru
3 Kuning

Keseluruhan Perbarisan
1 Merah
2 Biru
3 Kuning

Keseluruhan Olahraga
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Keseluruhan Sukan Sekolah
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Olahragawan 2018 -
LUQMAN AL HAKEEM BIN MOHAMED ZAIFULAS (Rumah Kuning)

Olahragawati 2018
NUR AMIRAH IZZATI BINTI MOHD HAMIZAM ( Rumah Merah)

Olahragawan Harapan 2018
BALAKKRISHNAN A/L MURUGAN (Rumah Merah)

Olahragawati Harapan 2018
SARANYA A/P RAVI (Rumah Kuning)


Rabu, 17 Oktober 2018

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKDAM - PN PAUZAH BT HJ MA'AROP

'Guru Umpama Bintang Cemerlang, Walau Bersara Jasa Dikenang'

Pada 7 September 2018, menjadi detik sejarah kepada warga SK Dato' Ahmad Manaf apabila telah berlangsungnya Majlis sempena Persaraan Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf iaitu Pn Pauziah bt Hj Ma'arop yang akan menamatkan secara rasminya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru iaitu pada 9 September 2018.

Beliau dilahirkan di Kampung Labu Nilai, Negeri Sembilan pada tanggal 9 September 1958. Menerima pendidikan awal di SK Sepang Road pada tahun 1965. Beliau meneruskan persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Said pada 1971 sebelum meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam di SM Tun Fatimah.
Profesion sebagai guru bermula pada tahun 1982 sebagai guru di SK Convent Tanah Rata Cameron Highland selama 5 tahun. Meneruskan perkhidmatan sebagai guru di SK Sepang Road tempat beliau menerima pendidikan awal iaitu pada tahun 1987 sehinggalah sekarang yang telah ditukar nama sebagai SK Dato' Ahmad Manaf. Atas komitmen yang tinggi ditunjukkan pada tahun 1998 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Pentadbiran daripada jawatan yang disandang pada ketika itu iaitu Guru Penolong Kanan HEM.
Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK Sungai Machang pada Mac 2014 sebagai Guru Besar. Kemudiannya, Jun 2014 beliau kembali ke SK Dato' Ahmad Manaf sebagai guru Besar sehinggalah ke tarikh persaraan beliau iaitu 9 September 2018.
Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang pastinya tidak akan dilupakan terutamanya ketik beliau bertugas di sini. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Semoga beliau terus berbahagia meniti hari-hari selepas persaraan bersama keluarga tercinta.

Ahad, 9 September 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM telah dijalankan pada tarikh keramat setiap tahun iaitu 16 Mei 2018. Sambutan hari guru pada tahun ini dijalankan sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan. Majlis yang dijalankan secara sederhana tetapi tetap meriah. Majlis hari guru dimeriahkan dengan aktiviti Sukaneka guru, pertandingan masakan dan  juga persembahan guru-guru dan juga murid-murid.
Sebelum Majlis Sambutan hari Guru yang sebenar djalankan, guru-guru telah meluangkan masa untuk sama-sama menjamu selera di McDonald's cawangan Bandar Baru Nilai yang telah ditaja oleh pihak McDonald's sendiri iaitu pada 11 Mei 2018. Seterusnya, guru-guru bersama-sama bergerak menuju ke Mesamall Nilai untuk pertandingan bowling sesama guru.
Semoga Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 menjadi memori yang indah buat guru-guru...