Dengan norma yang baharu, keputusan pemenang untuk Pertandingan yang dianjurkan oleh PSS sempena Bulan Kempen Galakan Membaca hanya diumumkan melalui video yang memaparkan nama pemenang.
Pemenang-pemenang setiap pertandingan yang dianjurkan akan mengambil hadiah di Pusat Sumber Sekolah dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sempena Bulan Kempen Galakan Membaca, Program Nilam dan Dekad Membaca Kebangsaan, PSS SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran seperti ketetapan di bawah:
SK Dato' Ahmad Manaf telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil 2020 pada:
Tarikh: 15 Februari 2020
Hari: Sabtu
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKDAM
Dikendalikan oleh : Champion Training and Consultancy Sdn Bhd
Pengawas yang terlibat:
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pengawas SPBT
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Semoga Kursus Kepimpinan ini dapat meningkatkan disiplin diri, jati diri sebagai seorang pemimpin dan mempunyai ketrampilan yang baik di kalangan pengawas-pengawas sekolah yang telah dipilih ini.
Majlis Pelancaran Program Nilam dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:
Tarikh: 20 Februari 2020
Hari: Khamis
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Aktiviti yang telah dijalankan:
Hari/ Tarikh
Masa
Aktiviti
Tindakan/Tempat
19
Feb 2020
(Rabu)
8.00
– 9.00 pg
Games
(Tahun 4)
Geng
Buku PTS
Guru
Mata pelajaran
Waktu
PdP
Word
Search (Tahun 1- 6)
Guru
Bahasa Inggeris
Waktu
PdP
Melukis
Book Mark (Tahun 4, 5 dan 6)
Guru
Pendidikan Seni
Waktu
PdP
Mewarna
Book Mark (PraSek, Tahun 1-3)
Guru
Pendidikan Seni
8.00
– 2.00 ptg
Jualan
dan pameran Buku
Geng
Buku PTS
20
Feb 2020
(Khamis)
7.30
– 8.45 pg
Majlis
Pelancaran Program Nilam dan Dekad Membaca kebangsaan
Satu taklimat telah dijalankan kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) berkaitan dengan perlaksanaan Program Nilam bagi tahun 2020.
Tarikh: 17 Jan 2020
Hari: Jumaat
Masa: 10.10 pg
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Pada tahun 2020, perlaksanaan Program Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan menggunakan sepenuhnya fail Nilam yang menggunakan borang bagi menggantikan penggunaan buku Nilam. Murid-murid diberi taklimat cara menulis di dalam borang Nilam yang lebih mudah.
Pada tahun 2019, murid tahun 4 dan 5 SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi rintis untuk Sekolah Rendah bagi PKG Nilai untuk melaksanakan Program Nilam menggunakan borang Nilam. Pada tahun 2020, perlaksanaan Nilam menggunakan borang diteruskan untuk muird-murid yang lain juga.
Diharapkan perlaksanaan Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan pengumpulan data Nilam yang lebih mudah.
Perpustakaan
USIM telah menganjurkan Program Seronoknya Membaca bagi menyokong pembudayaan
aktiviti membaca di kalangan pelajar sekolah yang telah dijalankan secara
bersama dengan SK Dato’ Ahmad Manaf. Penganjuran ini telah
diurusetiakan oleh Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan USIM. Urusetia dan fasilitator USIM yang terlibat adalah seramai 13 orang.
Program tersebut telah dijalankan pada: Tarikh: 25 September 2019 Hari: Rabu Masa: 10.30 pg - 1.30 tgh Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Objektif program ini adalah
untuk:
i.Menerapkan budaya membaca dari peringkat
sekolah rendah
ii.Menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan
pelajar
iii. Menerangkan
kepentingan membaca dalam kalangan pelajar.
Sesi memperkenalkan fasilitator
Murid mengambil bahan bacaan yang disediakan
Aktiviti dalam kumpulan
Fasilitator bersama pentadbir sekolah
Gambar kenangan semua murid yang terlibat bersama fasilitator daripada Perpustakaan USIM
SK Dato' Ahmad Manaf telah terpilih di antara beberapa sekolah yang menerima sumbangan rumah mini untuk 'Little Free Library daripada Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dengan sumbangan ini, Little Free Library akan dapat dijalankan di SKDAM di mana murid-murid boleh mengambil buku dan turut menyumbang buku untuk manfaat bersama. Majlis penyerahan ini telah berlangsung pada:
Tarikh: 19 Jun 2019
Hari: Rabu
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKDAM
Sumbangan: Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pentas yang disediakan untuk Majlis Penyerahan LFL
Book mark Majlis Penyerahan LFL sebagai kenangan
Rumah mini LFL yang di tempatkan di pondok bacaan
Ucapan daripada Timbalan Ketua Pustakawan USIM, Pn Marhaniza bt Abd Halim
Taklimat berkaitan LFL oleh Pustakawan Kana USIM, Pn Rozana bt Kamdani
Bunting Little Free Library SKDAM
Gimik perasmian, memotong reben sudut LFL
Sumbangan cenderahati kepada wakil Perpustakaan USIM sebagai tanda terima kasih
Sesi bergambar kenangan di antara wakil-wakil USIM yang hadir bersama wakil pihak sekolah
SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah pada:
Tarikh: 29 April - 2 Mei 2019
Hari: Isnin - Khamis
Aktiviti yang telah dijalankan:
1. Majlis Perasmian Pelancaran
2. Jom Membaca 10 Minit
3. Pertandingan Sudut Pameran Bertema - Tumbuhan Herba
4. Pertandingan Mewarna tahap 1
5. Pertandingan Menghasilkan Book Mark daripada Batang Aiskrim
6. Pertandingan Literasi Maklumat Menggunakan Surat Khabar
7. Pertandingan Tulisan Berangkai Guru
Persembahan Montaj Dekad Membaca SKDAM 2019
Buku Program Majlis Pelancaran
Jom Membaca 10 Minit
Persembahan Montaj Dekad Membaca
Adik Aliyah Syahirah berkongsi cerita hasil karyanya yang diterbitkan di dalam Majalah Kuntum April 2019
Penyampaian hadiah aktiviti yang telah dijalankan
Penyampaian hadiah untuk pertandingan tulisan berangkai guru
Di antara tulisan berangkai yang dihasilkan oleh guru-guru
NILAM’atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat
membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Merangkumi
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui
aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Merupakan
program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah demi memastikan perlaksanaan Program Nilam dapat dijalankan dengan jayanya dan berterusan. Tarikh Perlaksanaan: 21 Februari 2019 Hari: Khamis Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf Aturcara majlis:
7.30 pg :
Berhimpun di dewan terbuka
7.40 pg :
Ketibaan Guru Besar dan GPK
7.45 pg :
Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
7.50 pg :
Bacaan doa
7.55 pg :
Ucapan Penyelaras Pusat Sumber
8.10 pg :
Ucapan dan Perasmian Program Nilam Sekolah 2019
Pusat Sumber Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Program Orientasi PSS kepada murid-murid tahun 1 sebagai memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Sumber Sekolah. Program Orientasi ini telah dijalankan semasa Minggu Transisi untuk murid-murid Tahun 1 iaitu bertepatan sebagai memperkenalkan Pusat Sumber Sekolah kepada murid-murid Tahun 1 yang baru mengenali alam persekolahan.
Tarikh: 9 dan 10 Januari 2019
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Sasaran: Murid Tahun 1 Proaktif dan Tahun 1 Inovatif