Ahad, 29 Mac 2020

Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Buku Skrap

Pusat Sumber SK Dato' Ahmad Manaf mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Buku Skrap sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang telah berkuatkuasa seluruh negara. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada murid-murid SK Dato' Ahmad Manaf.

Pertandingan Buku Skrap
Tema: Coronavirus Covid-19
Penyertaan: Murid-murid Tahap 2
Format Pertandingan: Mengikut kreativiti masing-masing
Tarikh Penghantaran: Selepas cuti kuarantin Covid-19

Pertandingan Melukis Poster
Tema: Coronavirus Covid-19
Penyertaan: Murid-murid Tahap1 dan Tahap 2
Tarikh Penghantaran: Selepas cuti kuarantin Covid-19

Hadiah yang menarik menanti pemenang.



Ahad, 8 Mac 2020

Mesyuarat Agung PIBG SKDAM 2020


Mesyuarat Agung PIBG SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:

Tarikh: 22 Feb 2020

Hari: Sabtu

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKDAM

Dirasmikan Oleh: En Muhammad Aziim
Wakil YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan



Jumaat, 6 Mac 2020

Kursus Kepimpinan Pemimpin kecil Sekolah SKDAM 2020


SK Dato' Ahmad Manaf telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil 2020 pada:

Tarikh: 15 Februari 2020

Hari: Sabtu

Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SKDAM

Dikendalikan oleh : Champion Training and Consultancy Sdn Bhd

Pengawas yang terlibat:
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pengawas SPBT
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Semoga Kursus Kepimpinan ini dapat meningkatkan disiplin diri, jati diri sebagai seorang pemimpin dan mempunyai ketrampilan yang baik di kalangan pengawas-pengawas sekolah yang telah dipilih ini.




Pelancaran Program Nilam dan Dekad Membaca SKDAM 2020


Majlis Pelancaran Program Nilam dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:
Tarikh: 20 Februari 2020
Hari: Khamis
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Aktiviti yang telah dijalankan:

Hari/ Tarikh
Masa
Aktiviti
Tindakan/Tempat
19 Feb 2020
(Rabu)
8.00 – 9.00 pg
Games (Tahun 4)
Geng Buku PTS
Guru Mata pelajaran
Waktu PdP
Word Search (Tahun 1- 6)

Guru Bahasa Inggeris
Waktu PdP
Melukis Book Mark (Tahun 4, 5 dan 6)
Guru Pendidikan Seni
Waktu PdP
Mewarna Book Mark (PraSek, Tahun 1-3)
Guru Pendidikan Seni
8.00 – 2.00 ptg
Jualan dan pameran Buku
Geng Buku PTS

20 Feb 2020
(Khamis)
7.30 – 8.45 pg
Majlis Pelancaran Program Nilam dan Dekad Membaca kebangsaan
AJK Majlis Perasmian
8.45 – 9.45 pg
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) (Tahun 5)
Geng Buku PTS
Guru mata pelajaran
10.30 – 12.00 tgh
Mencipta Replika Seni Reka Cipta (Tahun 5)
Geng Buku PTS
Guru Mata pelajaran
Waktu PdP
Membina perkataan dari “Dekad Membaca”
Guru Bahasa Melayu
-
Pertandingan Swafoto Guru
GPM
8.00 – 2.00 ptg
Jualan dan pameran Buku
Geng Buku PTS




Khamis, 5 Mac 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas-Pengawas SKDAM 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas-Pengawas SK Dato' Ahmad Manaf telah dijalankan pada:

Tarikh: 29 Januari 2020
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Disempurnakan Oleh: En Mohd Zukhairi bin Abdul Rahman
                                    Penolong PPD, Unit Pemulihan Khas

Pemimpin Kecil SKDAM:
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pengawas SPBT
4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)







Khamis, 23 Januari 2020

TAKLIMAT PROGRAM NILAM 2020


Satu taklimat telah dijalankan kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) berkaitan dengan perlaksanaan Program Nilam bagi tahun 2020.

Tarikh: 17 Jan 2020
Hari: Jumaat
Masa: 10.10 pg
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Pada tahun 2020, perlaksanaan Program Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan menggunakan sepenuhnya fail Nilam yang menggunakan borang bagi menggantikan penggunaan buku Nilam. Murid-murid diberi taklimat cara menulis di dalam borang Nilam yang lebih mudah. 

Pada tahun 2019, murid tahun 4 dan 5 SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi rintis untuk Sekolah Rendah bagi PKG Nilai untuk melaksanakan Program Nilam menggunakan borang Nilam. Pada tahun 2020, perlaksanaan Nilam menggunakan borang diteruskan untuk muird-murid yang lain juga. 

Diharapkan perlaksanaan Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan pengumpulan data Nilam yang lebih mudah. 







PENDAFTARAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020

Pendaftaran Awal Tahun Sesi Persekolahan 2020 bagi tahun 1 hingga tahun 6 telah dijalankan pada:

Tarikh: 28 Dis 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Taklimat kepada semua ibu bapa telah diberikan oleh semua pentadbir yang merangkumi semua unit iaitu daripada Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Hem, GPK Kokurikulum dan PK Petang.
Pada tahun 2020, SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah dan kelas semasa yang terdapat di SK Dato Ahmad Manaf tidak mampu untuk menampung enrolmen murid yang semakin bertambah.

Murid Tahun 1 hadir dengan berpakaian sekolah dan mereka dibawa ke dalam kelas untuk sesi perkenalan dengan guru kelas dan juga membuat sedikit aktiviti menulis untuk guru mengenalpasti sama ada murid sudah pandai menulis dan menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira.

Waktu persekolahan bagi tahun 2020 yang telah ditetapkan:

SESI PAGI

Isnin - Khamis
7.20 pagi -1.10 ptg

Jumaat
7.20 pagi - 12.10 tengahari

SESI PETANG

Isnin - Khamis
1.20 ptg - 6.10 ptg

Jumaat
1.50 ptg - 6.40 ptg

AKTIVITI KOKURIKULUM (Tahun 4, 5 dan 6)
Dimasukkan di dalam jadual waktu iaitu

Selasa 7.20 - 8.20 pagi - 1 murid 1 sukan
Rabu 12.20 tengahari - 1.20 ptg - kelab dan persatuan/ unit beruniform


Barisan pentadbir sekolah  


Kehadiran ibu bapa yang sangat memberansangkan 




 Taklimat daripada Guru Besar 

 Taklimat daripada GPK Pentadbiran 

 Murid Tahun 1 dikumpulkan untuk dibawa masuk ke dalam kelas




Murid Tahun 1 dibawa masuk ke dalam kelas dan diperkenalkan dengan guru kelas