Isnin, 5 November 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak SKDAM 2018 telah dijalankan pada
Hari : Jumaat
Tarikh : 2 November 2018
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKDAM.

Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
1. Pertandingan Pakaian Beragam
    Prasekolah - Tema Watak Cerita Dongeng
    Tahap 1 - Tema Watak Cerita Dongeng
    Tahap 2 Tema Pekerjaan
2. Cabutan bertuah untuk murid-murid
3. Sambutan Hari Lahir Murid-murid dan Guru - Oktober, November, Disember
4. Makan ais krim percuma


Sabtu, 20 Oktober 2018

Kejohanan Sukan Tahunan 2018 dan Hari Sukan Negara


14 Oktober 2018 telah berlangsung Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan dan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf. Alhamdulillah telah selesai dan selamat segala perancangan dan aktiviti yang telah dijadualkan pada hari tersebut.
Berikut di antara keputusan yang telah dicapai oleh pasukan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian.

Tarik Tali (Lelaki)
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Tarik Tali (Perempuan)
1 Merah
2 Biru
3 Kuning

Keseluruhan Perbarisan
1 Merah
2 Biru
3 Kuning

Keseluruhan Olahraga
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Keseluruhan Sukan Sekolah
1 Biru
2 Kuning
3 Merah

Olahragawan 2018 -
LUQMAN AL HAKEEM BIN MOHAMED ZAIFULAS (Rumah Kuning)

Olahragawati 2018
NUR AMIRAH IZZATI BINTI MOHD HAMIZAM ( Rumah Merah)

Olahragawan Harapan 2018
BALAKKRISHNAN A/L MURUGAN (Rumah Merah)

Olahragawati Harapan 2018
SARANYA A/P RAVI (Rumah Kuning)


Rabu, 17 Oktober 2018

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKDAM - PN PAUZAH BT HJ MA'AROP

'Guru Umpama Bintang Cemerlang, Walau Bersara Jasa Dikenang'

Pada 7 September 2018, menjadi detik sejarah kepada warga SK Dato' Ahmad Manaf apabila telah berlangsungnya Majlis sempena Persaraan Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf iaitu Pn Pauziah bt Hj Ma'arop yang akan menamatkan secara rasminya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru iaitu pada 9 September 2018.

Beliau dilahirkan di Kampung Labu Nilai, Negeri Sembilan pada tanggal 9 September 1958. Menerima pendidikan awal di SK Sepang Road pada tahun 1965. Beliau meneruskan persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Said pada 1971 sebelum meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam di SM Tun Fatimah.
Profesion sebagai guru bermula pada tahun 1982 sebagai guru di SK Convent Tanah Rata Cameron Highland selama 5 tahun. Meneruskan perkhidmatan sebagai guru di SK Sepang Road tempat beliau menerima pendidikan awal iaitu pada tahun 1987 sehinggalah sekarang yang telah ditukar nama sebagai SK Dato' Ahmad Manaf. Atas komitmen yang tinggi ditunjukkan pada tahun 1998 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Pentadbiran daripada jawatan yang disandang pada ketika itu iaitu Guru Penolong Kanan HEM.
Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK Sungai Machang pada Mac 2014 sebagai Guru Besar. Kemudiannya, Jun 2014 beliau kembali ke SK Dato' Ahmad Manaf sebagai guru Besar sehinggalah ke tarikh persaraan beliau iaitu 9 September 2018.
Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang pastinya tidak akan dilupakan terutamanya ketik beliau bertugas di sini. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Semoga beliau terus berbahagia meniti hari-hari selepas persaraan bersama keluarga tercinta.

Ahad, 9 September 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM telah dijalankan pada tarikh keramat setiap tahun iaitu 16 Mei 2018. Sambutan hari guru pada tahun ini dijalankan sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan. Majlis yang dijalankan secara sederhana tetapi tetap meriah. Majlis hari guru dimeriahkan dengan aktiviti Sukaneka guru, pertandingan masakan dan  juga persembahan guru-guru dan juga murid-murid.
Sebelum Majlis Sambutan hari Guru yang sebenar djalankan, guru-guru telah meluangkan masa untuk sama-sama menjamu selera di McDonald's cawangan Bandar Baru Nilai yang telah ditaja oleh pihak McDonald's sendiri iaitu pada 11 Mei 2018. Seterusnya, guru-guru bersama-sama bergerak menuju ke Mesamall Nilai untuk pertandingan bowling sesama guru.
Semoga Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 menjadi memori yang indah buat guru-guru...