Rabu, 17 Oktober 2018

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SKDAM - PN PAUZAH BT HJ MA'AROP

'Guru Umpama Bintang Cemerlang, Walau Bersara Jasa Dikenang'

Pada 7 September 2018, menjadi detik sejarah kepada warga SK Dato' Ahmad Manaf apabila telah berlangsungnya Majlis sempena Persaraan Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf iaitu Pn Pauziah bt Hj Ma'arop yang akan menamatkan secara rasminya perkhidmatan beliau sebagai seorang guru iaitu pada 9 September 2018.

Beliau dilahirkan di Kampung Labu Nilai, Negeri Sembilan pada tanggal 9 September 1958. Menerima pendidikan awal di SK Sepang Road pada tahun 1965. Beliau meneruskan persekolahannya di SMK Dato' Ahmad Said pada 1971 sebelum meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam di SM Tun Fatimah.
Profesion sebagai guru bermula pada tahun 1982 sebagai guru di SK Convent Tanah Rata Cameron Highland selama 5 tahun. Meneruskan perkhidmatan sebagai guru di SK Sepang Road tempat beliau menerima pendidikan awal iaitu pada tahun 1987 sehinggalah sekarang yang telah ditukar nama sebagai SK Dato' Ahmad Manaf. Atas komitmen yang tinggi ditunjukkan pada tahun 1998 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Pentadbiran daripada jawatan yang disandang pada ketika itu iaitu Guru Penolong Kanan HEM.
Beliau kemudiannya ditukarkan ke SK Sungai Machang pada Mac 2014 sebagai Guru Besar. Kemudiannya, Jun 2014 beliau kembali ke SK Dato' Ahmad Manaf sebagai guru Besar sehinggalah ke tarikh persaraan beliau iaitu 9 September 2018.
Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau yang pastinya tidak akan dilupakan terutamanya ketik beliau bertugas di sini. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Semoga beliau terus berbahagia meniti hari-hari selepas persaraan bersama keluarga tercinta.

Ahad, 9 September 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM 2018

Sambutan Hari Guru SKDAM telah dijalankan pada tarikh keramat setiap tahun iaitu 16 Mei 2018. Sambutan hari guru pada tahun ini dijalankan sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan. Majlis yang dijalankan secara sederhana tetapi tetap meriah. Majlis hari guru dimeriahkan dengan aktiviti Sukaneka guru, pertandingan masakan dan  juga persembahan guru-guru dan juga murid-murid.
Sebelum Majlis Sambutan hari Guru yang sebenar djalankan, guru-guru telah meluangkan masa untuk sama-sama menjamu selera di McDonald's cawangan Bandar Baru Nilai yang telah ditaja oleh pihak McDonald's sendiri iaitu pada 11 Mei 2018. Seterusnya, guru-guru bersama-sama bergerak menuju ke Mesamall Nilai untuk pertandingan bowling sesama guru.
Semoga Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 menjadi memori yang indah buat guru-guru...


Khamis, 5 April 2018

Pemantauan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Seremban

Selesai sudah pemantauan untuk PSS Cemerlang Daerah Seremban. Hilang sudah segala penat lelah bertungkus lumus untuk memenuhi penilaian instrumen  yang dikehendaki. Segala tunjuk ajar dan teguran akan diambil tindakan untuk penambahbaikan di masa akan datang.

Pemantauan PSS Cemerlang Daerah Seremban
Tarikh: 3 April 2018
Hari: Selasa
Pegawai Pemantau:
1. En Rumaizi b Ismail (PKG Nilai)
2. En Mohammad Akmal b Abd Razak (PKG Ampangan)
3. En Herwan b Hussin (PKG Mambau)








Jumaat, 30 Mac 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KM1M 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KM1M 2018

TARIKH: 21 - 23 Feb 2018
HARI: Rabu - Jumaat
TEMPAT: Dewan Ibnu Sina, SKDAM
PERASMIAN OLEH: Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf
                                     Pn Pauziah bt Hj Ma'arop

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Majlis Perasmian Nilam dan KM1M
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan 'Jom Teka'
   - Teka Berat Buku
   - Teka Jumlah Muka Surat Buku
   - Literasi Maklumat Chinese New Year
4. Book Truck oleh Geng PTS
5. Laluan Iqra dan Sesi Bercerita
6. Bengkel Penulisan oleh Geng PTS
7. Origami oleh Geng PTS
8. Majlis Penutup KM1M 2018 & Penyampaian Hadiah

 Poster Nilam Tambah Baik untuk kelas-kelas

 Buku program yang disediakan 

Kek berbentuk buku untuk majlis pelancaran Nilam & KM1M  

Persembahan pidato bertajuk 'Jom Membaca' 

 Murid-murid menyanyikan lagu Nilam beramai-ramai

 Penyerahan poster nilam kepada guru kelas

 Sesi memotong kek semasa majlis pelancaran 

 Gimik perasmian 

 Maskot Geng PTS yang sama-sama memeriahkan majlis pelancaran 

 Gambar kenangan murid tahun 6 bersama maskot Geng PTS

 Murid-murid prasekolah bersama maskot

 Jom Membaca





Book Truck dari Geng PTS 

 Cenderahati kepada wakil dari Geng PTS