Tarikh: 15 Julai 2020
Hari: Rabu
Alhamdulillah, hari ini sekolah dibuka kembali kepada murid-murid tahun 5 dan 6 untuk meneruskan sesi persekolahan di sekolah. Selepas dua minggu murid Prasekolah memulakan sesi persekolahan, kini sekolah dibuka pula untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Minggu hadapan, sekolah akan dibuka pula untuk murid-murid yang lain iaitu tahun 1 hingga tahun 4.
Murid hadir ke sekolah dengan norma baharu yang perlu dipatuhi untuk memastikan tiada kluster sekolah muncul untuk wabak Covid-19 ini. Norma-norma baharu yang perlu dipatuhi oleh murid-murid, guru-guru serta warga di sekolah ialah seperti:
1. Guru memeriksa suhu badan murid di pintu pagar
2. Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka atau 'face shield'
3. Murid masuk ke kelas mengikut anak panah untuk laluan ke kelas
4. Meja/kerusi dalam kelas disusun jarak 1 meter.
5. Murid mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke kelas, sebelum makan dan selepas makan
6. Murid makan di dalam kelas dengan dipantau oleh guru-guru
Semoga kita dapat membiasakan diri dengan norma baharu demi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Semoga sesi pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan seperti biasa dan kehidupan kita akan kembali seperti sedia kala.