Khamis, 23 Januari 2020

TAKLIMAT PROGRAM NILAM 2020


Satu taklimat telah dijalankan kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) berkaitan dengan perlaksanaan Program Nilam bagi tahun 2020.

Tarikh: 17 Jan 2020
Hari: Jumaat
Masa: 10.10 pg
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Pada tahun 2020, perlaksanaan Program Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan menggunakan sepenuhnya fail Nilam yang menggunakan borang bagi menggantikan penggunaan buku Nilam. Murid-murid diberi taklimat cara menulis di dalam borang Nilam yang lebih mudah. 

Pada tahun 2019, murid tahun 4 dan 5 SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi rintis untuk Sekolah Rendah bagi PKG Nilai untuk melaksanakan Program Nilam menggunakan borang Nilam. Pada tahun 2020, perlaksanaan Nilam menggunakan borang diteruskan untuk muird-murid yang lain juga. 

Diharapkan perlaksanaan Nilam SK Dato' Ahmad Manaf akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan pengumpulan data Nilam yang lebih mudah. 







PENDAFTARAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020

Pendaftaran Awal Tahun Sesi Persekolahan 2020 bagi tahun 1 hingga tahun 6 telah dijalankan pada:

Tarikh: 28 Dis 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf

Taklimat kepada semua ibu bapa telah diberikan oleh semua pentadbir yang merangkumi semua unit iaitu daripada Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Hem, GPK Kokurikulum dan PK Petang.
Pada tahun 2020, SK Dato' Ahmad Manaf telah menjadi 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah dan kelas semasa yang terdapat di SK Dato Ahmad Manaf tidak mampu untuk menampung enrolmen murid yang semakin bertambah.

Murid Tahun 1 hadir dengan berpakaian sekolah dan mereka dibawa ke dalam kelas untuk sesi perkenalan dengan guru kelas dan juga membuat sedikit aktiviti menulis untuk guru mengenalpasti sama ada murid sudah pandai menulis dan menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira.

Waktu persekolahan bagi tahun 2020 yang telah ditetapkan:

SESI PAGI

Isnin - Khamis
7.20 pagi -1.10 ptg

Jumaat
7.20 pagi - 12.10 tengahari

SESI PETANG

Isnin - Khamis
1.20 ptg - 6.10 ptg

Jumaat
1.50 ptg - 6.40 ptg

AKTIVITI KOKURIKULUM (Tahun 4, 5 dan 6)
Dimasukkan di dalam jadual waktu iaitu

Selasa 7.20 - 8.20 pagi - 1 murid 1 sukan
Rabu 12.20 tengahari - 1.20 ptg - kelab dan persatuan/ unit beruniform


Barisan pentadbir sekolah  


Kehadiran ibu bapa yang sangat memberansangkan 




 Taklimat daripada Guru Besar 

 Taklimat daripada GPK Pentadbiran 

 Murid Tahun 1 dikumpulkan untuk dibawa masuk ke dalam kelas




Murid Tahun 1 dibawa masuk ke dalam kelas dan diperkenalkan dengan guru kelas