Isnin, 7 Oktober 2019

Kejohanan Sukan Tahunan SKDAM 2019



Jumaat, 4 Oktober 2019, SK Dato’ Ahmad Manaf telah menjalankan Kejohanan Sukan Tahunan 2019 yang bertempat di Padang Sekolah, SK Dato’ Ahmad Manaf. Kejohanan Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Ismail b Mohd Aneepa, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan.

Kejohanan Sukan dimulakan dengan senamrobik oleh murid-murid, perarakan masuk perbarisan kontijen setiap rumah sukan dan majlis perasmian kejohanan sukan. Di antara acara-acara akhir kejohanan sukan yang dijalankan ialah: 
  • 4 x 200m (Tahap 2 - Lelaki dan perempuan) 
  • 50m (Pra - Lelaki dan Perempuan) 
  • 70m (Tahun 1 dan 2 - Lelaki dan Perempuan) 
  • 100m (Tahun 3, 4,5 dan 6 - Lelaki dan Perempuan) 
  • 5 x 40m (Pra - Lelaki dan Perempuan)
  • 4 x 100m (Pra - Lelaki dan Perempuan)
  • Tarik tali (Tahap 2 - Lelaki dan perempuan) 
Kejohanan Sukan Tahunan diakhiri dengan Majlis Penyampaian hadiah dengan menyaksikan pada tahun 2019 ini, Rumah Kuning menjadi Juara Keseluruhan, Rumah Biru di tangga kedua dan Rumah Merah di kedudukan Ketiga. 




Sabtu, 28 September 2019

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SKDAM 2019

Setelah pelbagai aktiviti dijalankan sempena Bulan Kemerdekaan di SK Dato' Ahmad Manaf, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan melabuhkan tirainya bagi melengkapi aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ini. Majlis ini telah dijalankan pada:

Tarikh: 27 September 2019
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 pg - 9.45 pg
Tempat: Dewan IBnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf


Program Seronoknya Membaca Bersama Perpustakaan USIM


Perpustakaan USIM telah menganjurkan Program Seronoknya Membaca bagi menyokong pembudayaan aktiviti membaca di kalangan pelajar sekolah yang telah dijalankan secara bersama dengan SK Dato’ Ahmad Manaf. Penganjuran ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan USIM. Urusetia dan fasilitator USIM yang terlibat adalah seramai 13 orang. 

Program tersebut telah dijalankan pada: 

Tarikh: 25 September 2019
Hari: Rabu 
Masa: 10.30 pg - 1.30 tgh
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf


Objektif program ini adalah untuk:
i.         Menerapkan budaya membaca dari peringkat sekolah rendah
ii.       Menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan pelajar
     iii.   Menerangkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar. 



Sesi memperkenalkan fasilitator 


 Murid mengambil bahan bacaan yang disediakan

 Aktiviti dalam kumpulan





Fasilitator bersama pentadbir sekolah 

Gambar kenangan semua murid yang terlibat bersama fasilitator daripada Perpustakaan USIM

Selasa, 24 September 2019

Minggu Panitia Bahasa Inggeris SKDAM 2019

  Minggu Panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan pada:

Tarikh: 29 Julai - 2 Ogos 2019

Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf

Objektif:

    1.   Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan       meningkatkan lagi daya intelek individu.
    2.   Memupuk minat terhadap Sains serta membentuk budaya sains dan teknologi di kalangan murid-murid di sekolah ini
    3.  Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi masa kini.


Aktiviti yang telah dijalankan: 
29 Julai 2019 (Isnin)
  • Pengenalan Minggu Panitia Bahasa Inggeris oleh pengerusi majlis.
  • Bacaan doa.
  • Ucapan Guru Besar dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
  • Perasmian dan gimik perasmian Minggu Panitia Bahasa Inggeris.
30    Julai – 1 Ogos 2019 (Selasa-Rabu)
  •  Aktiviti pop kuiz dan persembahan nyanyian murid pada waktu pagi
  • ’Learn A Word A Day’ bersama Miss English.
  • Persembahan ”Puppet Show” daripada AJK PIBG.
  • Pertandingan di dalam kelas sewaktu PdP Bahasa Inggeris.
  • Pertandingan Melukis (Drawing Competition) dan Pertandingan Spell-It-Right diadakan pada waktu kokurikulum.
 2 Ogos 2019 (Jumaat)
  • Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
  • Persembahan murid (nyanyian dan Public Speaking).
  • Penutup ’Learn A Word A Day’ bersama Miss English.
  •  Penutup Minggu Panitia Bahasa Inggeris.





Isnin, 23 September 2019

Minggu Panitia Sains SKDAM 2019

Minggu Panitia Sains telah dijalankan pada:

Tarikh: 22-26 April 2019

Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf

Objektif:

    1.   Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan       meningkatkan lagi daya intelek individu.
    2.   Memupuk minat terhadap Sains serta membentuk budaya sains dan teknologi di kalangan murid-murid di sekolah ini
    3.  Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Aktiviti yang telah dijalankan:

1. Majlis Pelancaran
2. Aktiviti Kelas:
             Tahun 1I / 1P : Magic Science & Crossword
             Tahun 2I        : Magic Science & Crossword
                       2P        : Saya Membesar
             Tahun 3I / 3P : Topeng Gigi
             Tahun 4I / 4P : Artikel Saya
             Tahun 5I        : Biji Benih Helikopter
                       5P        : Kereta Lumba belon
             Tahun 6I / 6P : Crossword
 3.   Pecerapan planet dan bulan menggunakan teleskop
 4.   Kuiz Pagi
       

Ucapan daripada Ketua Panitia, Pn Uwathi 



Ucapan Guru Besar 


Memotong reben perasmian 


Sebelum gimik perasmian 


Gimik perasmian - Buih terbakar 







Sambutan Hari Guru SKDAM 2019

Sambutan Hari Guru telah dijalan pada:

Hari: Jumaat

Tarikh: 3 Mei 2019

Aktiviti Yang telah Dijalankan:
1. Bacaan Perutusan Teks Hari Guru
2. Sukaneka Guru
3. Persembahan Murid
4. Pertukaran Hadiah Guru
5. Perlawanan Bowling antara guru-guru SKDAM di Mesamall, Nilai



Khamis, 12 September 2019

Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik pada:
Tarikh: 11 September 2019
Masa: 7.30 malam - 10.30 malam
Tempat: SK Dato' Ahmad Manaf
Perasmian oleh: YB Tuan Cha Kee Chin
                           Ahli Parlimen Rasah

Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah dijalankan pada malam tersebut iaitu:

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Nyanyian Lagu-lagu Patriotik 
  • Persembahan Tarian Melayu oleh murid-murid SKDAM 
  • Persembahan Harmonika 
  • Persembahan Tarian Baratham oleh oleh 2 orang murid India 
  • Majlis Perasmian Laluan Bestari oleh YB Tuan Cha Kee Chin 
  • Persembahan Tarian Singa 
  • Menyalakan dan Perarakan Tanglung LED 
  • Persembahan Bunga Api 
Majlis pada malam tersebut telah dapat menarik kehadiran ramai murid-murid bersama ibu bapa masing-masing. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan memberi pengalaman yang baru kepada murid-murid dengan dapat menyaksikan sendiri persembahan yang belum pernah mereka saksikan sebelum ini seperti Persembahan Harmonika, Tarian Baratham, Persembahan Tarian Singa dan Menyalakan Tanglung. 

Diharap juga sambutan yang telah dijalankan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang kaum bersama-sama ibu bapa, masyarakat setempat, pemimpin tempatan dan kementerian-kementerian yang berhubung secara langsung dengan pihak sekolah. 


Pentas untuk Majlis Perasmian Laluan Bestari dan Sambutan Bulan Patriotik 

 Pemain-pemain Tarian Singa

 Laluan Bestari yang telah dibina hasil daripada sumbangan peruntukan yang telah diberikan oleh YB Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah 


Persembahan Tarian Melayu 

Persembahan Harmonika daripada Persatuan Keturunan Liew 

YB Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan 

Gimik Memotong Reben Laluan Bestari 

Persembahan Tarian Singa 

Persembahan Tarian Baratham 

Menyalakan tanglung LED

Sabtu, 24 Ogos 2019

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah yang telah berlangsung pada:

Tarikh: 23 Ogos 2019
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Dirasmikan oleh: Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf
                             Madam Liew Sook Fong

Sambutan yang telah dijalankan diharap dapat meningkatkan rasa cinta semua warga sekolah kepada negara Malaysia yang tercinta dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perpaduan di antara murid SKDAM yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Ahad, 30 Jun 2019

Little Free Library (LFL) SKDAM

SK Dato' Ahmad Manaf telah terpilih di antara beberapa sekolah yang menerima sumbangan rumah mini untuk 'Little Free Library daripada Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dengan sumbangan ini, Little Free Library akan dapat dijalankan di SKDAM di mana murid-murid boleh mengambil buku dan turut menyumbang buku untuk manfaat bersama. Majlis penyerahan ini telah berlangsung pada:

Tarikh: 19 Jun 2019
Hari: Rabu
Tempat :  Dewan Ibnu Sina, SKDAM
Sumbangan: Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



Pentas yang disediakan untuk Majlis Penyerahan LFL 


Book mark Majlis Penyerahan LFL sebagai kenangan 


Rumah mini LFL yang di tempatkan di pondok bacaan 


Ucapan daripada Timbalan Ketua Pustakawan USIM, Pn Marhaniza bt Abd Halim 


Taklimat berkaitan LFL oleh Pustakawan Kana USIM, Pn Rozana bt Kamdani 


Bunting Little Free Library SKDAM 

Gimik perasmian, memotong reben sudut LFL 


Sumbangan cenderahati kepada wakil Perpustakaan USIM sebagai tanda terima kasih 

Sesi bergambar kenangan di antara wakil-wakil USIM yang hadir bersama wakil pihak sekolah 



Sabtu, 29 Jun 2019

Pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah 2019

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah pada:

Tarikh: 29 April - 2 Mei 2019
Hari: Isnin - Khamis
Aktiviti yang telah dijalankan:
1. Majlis Perasmian Pelancaran
2. Jom Membaca 10 Minit
3. Pertandingan Sudut Pameran Bertema - Tumbuhan Herba
4. Pertandingan Mewarna tahap 1
5. Pertandingan Menghasilkan Book Mark daripada Batang Aiskrim
6. Pertandingan Literasi Maklumat Menggunakan Surat Khabar
7. Pertandingan Tulisan Berangkai Guru



Persembahan Montaj Dekad Membaca SKDAM 2019



Buku Program Majlis Pelancaran 



Jom Membaca 10 Minit  




 Persembahan Montaj Dekad Membaca 



Adik Aliyah Syahirah berkongsi cerita hasil karyanya yang diterbitkan di dalam Majalah Kuntum April 2019


Penyampaian hadiah aktiviti yang telah dijalankan 




Penyampaian hadiah untuk pertandingan tulisan berangkai guru 


Di antara tulisan berangkai yang dihasilkan oleh guru-guru


Rabu, 27 Mac 2019

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2019



NILAMatau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
- Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah demi memastikan perlaksanaan Program Nilam dapat dijalankan dengan jayanya dan berterusan. 

Tarikh Perlaksanaan: 21 Februari 2019 
Hari: Khamis 
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 
Aturcara majlis: 


7.30 pg           : Berhimpun di dewan terbuka
7.40 pg           : Ketibaan Guru Besar dan GPK
7.45 pg           : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis 
7.50 pg           : Bacaan doa
7.55 pg           : Ucapan Penyelaras Pusat Sumber
8.10 pg           : Ucapan dan Perasmian Program Nilam Sekolah 2019
                          Oleh:
                          Pn Liew Sook Fong
                           Guru Besar SK Dato’ Ahmad Manaf
8.25 pg           : Persembahan Sajak oleh murid
8.35 pg           : Nyanyian lagu Nilam
8.40 pg           : Wakaf Buku

9.00 pg           : Bersurai






ORIENTASI PSS 2019

Pusat Sumber Sekolah SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Program Orientasi PSS kepada murid-murid tahun 1 sebagai memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Sumber Sekolah. Program Orientasi ini telah dijalankan semasa Minggu Transisi untuk murid-murid Tahun 1 iaitu bertepatan sebagai memperkenalkan Pusat Sumber Sekolah kepada murid-murid Tahun 1 yang baru mengenali alam persekolahan.

Tarikh: 9 dan 10 Januari 2019
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Sasaran: Murid Tahun 1 Proaktif dan Tahun 1 Inovatif