Sabtu, 31 Julai 2021

KEPUTUSAN PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA

 Dengan norma yang baharu, keputusan pemenang untuk Pertandingan yang dianjurkan oleh PSS sempena Bulan Kempen Galakan Membaca hanya diumumkan melalui video yang memaparkan nama pemenang. 

Pemenang-pemenang setiap pertandingan yang dianjurkan akan mengambil hadiah di Pusat Sumber Sekolah dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 




MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA, PROGRAM NILAM DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

Sempena Bulan Kempen Galakan Membaca, Program Nilam dan Dekad Membaca Kebangsaan, PSS SK Dato' Ahmad Manaf telah menjalankan Majlis Pelancaran seperti ketetapan di bawah:


Tarikh: 22 Apr 2021 

Hari: Khamis

Masa: 10.30 pagi (sesi pagi)

2.00 petang (sesi petang)






Montaj Majlis Pelancaran yang telah disediakan.




Jom Membaca 10 Minit Bersama





Jumaat, 14 Mei 2021

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR SK DATO' AHMAD MANAF 2021

 

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar telah dijalankan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh: 17 April 2021 

Hari: Sabtu 

Masa: 9.30 pagi 

Tempat: Rumah masing-masing (Google Meet) 

Penceramah: Mufarwa Farid 







MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SK DATO' AHMAD MANAF 2021

 

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Buku Teks. Selain itu majlis ini diadakan bagi menyuntik semangat murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah. 

Objektif Majlis ini dijalankan adalah untuk: 

· Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.

· Memperkenalkan kepada murid lain barisan pemimpin pelajar tahun 2021

· Memotivasi dan membina semangat juang dalam kalangan murid-murid agar mencontohi kewibawaan pemimpin.

 

Majlis ini telah dijalankan pada ketetapan berikut: 

Tarikh: 14 April 2021

Hari: Rabu 

Masa: 10.00 pagi 

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 

Perasmian oleh: Pn Liew Sook Fong (Guru Besar SK Dato' Ahmad Manaf) 



Pengawas Sekolah

Pengawas SPBT 

Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas PSS

Sabtu, 24 Oktober 2020

Pengelolaan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban 1

SK Dato' Ahmad Manaf telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah pengelola di dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Daerah Seremban pada

Tarikh: 11 Mac 2020
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf
Dirasmikan Oleh: En Zukhairi b Abdul Rahman
                             Penolong PPD, Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Keputusan Pertandingan:

Tahap 1
1. SK Bandar Enstek
2. SK Ulu Beranang
3.  SK Seremban 2A

Tahap 2
1. SK Kompleks KLIA
2. SK Dato' Ahmad Manaf
3. SK Desa Jasmin





Khamis, 22 Oktober 2020

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Dato' Ahmad Manaf 2020

 Sambutan Bulan Kemerdekaan tetap disambut meriah di SK Dato' Ahmad Manaf, walaupun negara  berdepan dengan situasi penularan koronavirus (Covid-19) sejak hujung tahun lalu. Walaupun pergerakan terbatas kerana ematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ekoran perlaksanaan Perintah kawalan Pergerkan Pemulihan (PKPP), namun semangat cintakan tanah air tetap terserlah dalam norma baharu. 

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dijalankan pada: 

Hari: Isnin 

Tarikh: 14 September 2020 

Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Dato' Ahmad Manaf 

Perasmian oleh: Guru Besar, Pn Liew Sook Fong 




Rabu, 15 Julai 2020

WELCOME BACK!!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID SKDAM PASCA PKP

Tarikh: 15 Julai 2020 
Hari: Rabu 

Alhamdulillah, hari ini sekolah dibuka kembali kepada murid-murid tahun 5 dan 6 untuk meneruskan sesi persekolahan di sekolah. Selepas dua minggu murid Prasekolah memulakan sesi persekolahan, kini sekolah dibuka pula untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Minggu hadapan, sekolah akan dibuka pula untuk murid-murid yang lain iaitu tahun 1 hingga tahun 4. 

Murid hadir ke sekolah dengan norma baharu yang perlu dipatuhi untuk memastikan tiada kluster sekolah muncul untuk wabak Covid-19 ini. Norma-norma baharu yang perlu dipatuhi oleh murid-murid, guru-guru serta warga di sekolah ialah seperti: 
1. Guru memeriksa suhu badan murid di pintu pagar 
2. Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka atau 'face shield'
3. Murid masuk ke kelas mengikut anak panah untuk laluan ke kelas 
4. Meja/kerusi dalam kelas disusun jarak 1 meter. 
5. Murid mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke kelas, sebelum makan dan selepas makan 
6. Murid makan di dalam kelas dengan dipantau oleh guru-guru 

Semoga kita dapat membiasakan diri dengan norma baharu demi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Semoga sesi pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan seperti biasa dan kehidupan kita akan kembali seperti sedia kala.